NEF-Best Software Product
Date :24 March 2011
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre, Malaysia
Assalamualaikum warrah matullahi wabarakatuh serta Selamat Sejahtera,
Puji-pujian bagiNya serta Selawat dan Salam Ke atas Junjungan KekasihNya sentiasa.
Kepada Semua Pelanggan-Pelanggan Setia Kami,.
Sebagai pelanggan setia kami, di sini kami ingin maklumkan, Century Software telah di anugerahkan dengan anugerah ‘Best Software Product’ yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 24 haribulan Mac 2011.
Anugerah ini dianjurkan oleh Persatuan Industri & Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF), sebagai penghargaan kepada syarikat-syarikat bumiputera dalam bidang ICT.
Sempena penghargaan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bagi tuan-tuan dan puan-puan terhadap kami.
Moga ini menjadi landasan untuk kemenangan yang lebih besar dalam tahun 2011 dan tahun tahun berikutnya.
Sekian. Terima Kasih
. Samsul Husin
. Timbalan Pengerusi Eksekutif
. Century Software
|